Kolesterol

πŠπ”π‘π”π’ π“π€ππˆ πŠπŽπ‹π„π’π“π„π‘πŽπ‹ π“πˆππ†π†πˆ?

Mengikut statistik, hampir separuh atau 4 dari 10 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Namun, hampir 30-40% daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi.

Tahukah anda, 45% penghidap kolesterol tinggi adalah wanita manakala lelaki hanya 32% sahaja. Paling menarik, 20-25% daripada penghidap kolesterol tinggi ini sebenarnya adalah mereka yang berbadan kurus!

Ramai mengelak mengambil sesetengah makanan kerana katanya tinggi kandungan kolesterol. Tetapi adakah kolesterol itu sebenarnya lemak? Ataupun bukan?

Lemak termasuk dalam salah satu kategori makronutrisi selain daripada karbohidrat dan protein yang diperlukan oleh badan dan datang dalam bentuk makanan. Manakala kolesterol pula adalah nutrisi yang boleh didapati di dalam makanan berlemak.

75% kolesterol akan dihasilkan semulajadi didalam hati dan hanya 25% sahaja kolesterol akan dihasilkan oleh badan daripada makanan.

Walaupun begitu, kenapa kita masih mengatakan kolesterol merbahaya sedangkan hati manusia sendiri menghasilkan lebih banyak kolesterol?

β€’ Badan manusia mempunyai struktur yang terhasil daripada hampir 37.3 trillion sel yang diperbuat oleh kolesterol. Tanpa kolesterol yang mencukupi ini, sel badan tidak dapat dihasilkan secukupnya dan fungsi badan akan terjejas.
β€’ Vitamin D semakin popular kini kerana terbukti mampu meningkatkan sistem imun badan. Namun, untuk menghasilkan vitamin D, cahaya matahari perlu diserap oleh lapisan kolesterol di bawah kulit dan tanpa kolesterol, penghasilan vitamin D ini tidak dapat dihasilkan dengan efisien.
β€’ Kolesterol juga menghasilkan cecair hempedu yang berfungsi sebagai enzim penghadaman dan lain-lain.
β€’ Kolesterol juga penting untuk fungsi otak dan fungsi memori, bahkan, kekurangan kolesterol akan menyebabkan badan berfungsi dengan tidak cekap. Disebabkan oleh ini badan masih menghasilkan kolesterol baru untuk membantu sistem badan.

Kolesterol sering dikaitkan dengan penyumbatan salur darah. Apabila salur darah di jantung tersumbat ia boleh menyebabkan sakit jantung manakala strok pula akan terjadi bila saluran darah di otak tersumbat.

Tetapi bagaimana penyumbatan ini boleh terjadi dan apa kaitannya dengan kolesterol?

Perlu diketahui, kolesterol di dalam badan boleh dipecahkan kepada dua iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat.

  • Contoh kolesterol baik: HDL (High Density Lipoprotein)
  • Contoh kolesterol jahat: LDL/VLDL (Low Density Lipoprotein/Very Low-Density Lipoprotein)

Tetapi, jika kita lihat pada nama kolesterol ini, tiada menyebut nama kolesterol langsung! Ini kerana HDL, LDL dan VLDL ini sebenarnya hanyalah agen pengangkutan kepada kolesterol dan berfungsi seperti bas yang mengangkut kolesterol ke serata badan.

Hati adalah organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kolesterol dan apabila kolesterol dihasilkan, LDL dan VLDL akan mengangkut kolesterol ke seluruh badan. Manakala HDL akan mengangkut kolesterol daripada seluruh badan kembali ke hati. Semakin banyak HDL didalam darah, semakin banyak la kolesterol yang kembali ke hati dan dikeluarkan dari tubuh badan.

Kadangkala, berlakunya kecederaan di salur darah disebabkan oleh keradangan, dan kolesterol akan berfungsi untuk menampal dan menutup kawasan keradangan tersebut. Namun, masalah terjadi apabila radikal bebas datang ke kawasan keradangan dan menyebabkan kolesterol tadi menjadi lembik dan melekit memudahkan kolesterol baru melekat.

Keradangan yang berterusan akan menyebabkan lebih banyak kolesterol melekat antara satu sama lain hingga membentuk plak yang boleh menjadi punca penyumbatan salur darah. LDL dan VLDL disebutkan kolesterol jahat kerana merekalah yang akan mengangkut kolesterol ke salur darah dan menampal keradangan.

Manakala, kolesterol baik tadi akan menjadi rendah kerana banyak kolesterol melekat di salur darah dan jumlah kolesterol yang perlu dibawa semula kembali ke hati menjadi kurang.

Keadaan tersebut akan terjadi bila banyak keradangan kronik dan radikal bebas di dalam badan. Jika keradangan didalam badan dapat dikawal, kolesterol LDL/VLDL akan menjadi rendah dan kolesterol baik HDL akan menjadi lebih tinggi kerana lebih banyak kolesterol yang akan dihantar kembali ke hati untuk dikeluarkan dari badan.

Adakah kolesterol yang masih menjadi punca? Atau keradangan?

Masalah keradangan boleh diterukkan lagi oleh radikal bebas. Namun, ia boleh diatasi oleh anti oksidan walaupun kadangkala keradangan didalam badan terlalu banyak sehingga anti oksidan tidak lagi dapat membantu. Badan kita juga menghasilkan anti oksidan tersendiri tetapi seiring dengan peningkatan usia, penghasilan anti oksidan akan semakin menurun.

Bagaimana untuk meningkatkan jumlah anti oksidan?

Melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi. Namun, statistik menunjukkan 95% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah yang secukupnya setiap hari, dan ini boleh membantutkan usaha untuk mengelakkan penyumbatan salur darah.

Jika kita lihat, kebiasaannya dalam pinggan rakyat Malaysia, pengambilan nasi dan lauk lah yang akan dilebihkan manakala sayuran hampir tiada. Walhal, faktor pemakanan ini boleh di atasi oleh individu sendiri.

Selain daripada pengambilan sayur yang tidak mencukupi, faktor pemakanan yang lain juga banyak berkait rapat dengan kenaikan kolesterol jahat dalam darah.

  1. Gula ataupun pemanis yang diambil dalam bentuk High Corn Fructose Syrup. Fruktosa ini adalah jenis gula yang tidak dapat digunakan oleh badan dan akan terus dihantar ke dalam hati. Hati pula akan menukarkan fruktosa ini kepada lemak. Fruktosa juga terdapat didalam buah dan tiada masalah untuk mengambil fruktosa dalam bentuk buah kerana ia datang bersama pakej serat + fitonutrisi yang mampu mengawal kesan fruktosa dalam badan dan menjadikannya neutral.
  2. Lemak trans iaitu sejenis lemak jadian di mana pemprosesannya termasuk penyumbatan molekul hidrogen ke dalam makanan untuk menjadikan makanan tersebut lebih mudah digunakan, tekstur yang lebih menarik serta tahan lebih lama. Contoh makanan seperti pastri, makanan segera, makanan terproses dan makanan yang berasaskan marjerin.
  3. Jenis masakan bergoreng atau bakar dimana apa-apa makanan yang dimasak pada suhu tinggi untuk tempoh waktu yang cepat boleh menghasilkan banyak AGEs. Jika diambil pada kadar yang terlalu banyak, badan tidak dapat memproses AGEs tersebut kerana ia bersifat pro radang dan menyebabkan lebih banyak keradangan dalam badan kita. Pengambilan fruktosa juga boleh meningkatkan pembentukan AGE sehingga 7 kali ganda lebih mudah berbanding makanan lain.

Tips lain yang boleh membantu untuk mengurangkan keradangan sekaligus mengurangkan kolesterol seperti:

  1. Senaman secara istiqomah tetapi tidak keterlaluan. Berjalan 30 minit setiap hari secara istiqomah juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol. Bersenamlah secara sederhana kerana senaman yang berlebihkan juga boleh menyebabkan keradangan.
  2. Tidur yang mencukupi, 7-8 jam sehari. Waktu tidur adalah waktu ketika badan membaiki diri dan menyiapkan diri untuk kerosakan dalaman pada hari esok.
  3. Kurangkan stress kerana stress dalaman boleh menyebabkan radang menjadi lebih teruk.

Namun, ada keadaan di mana semua langkah telah dilakukan secara istiqomah tetapi paras kolesterol masih tinggi. Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor genetik dan kemungkinan perlu dibantu dengan ubat-ubatan.

Zaman sekarang, pengambilan makanan tambahan yang berupa anti oksidan sangat rasional memandangkan kita terdedah dengan pelbagai punca yang menaikkan radikal bebas seperti radiasi telefon/gajet, pencemaran udara dan sebagainya.

Pengambilan makanan tambahan ini tidak akan terlihat kesannya pada waktu sekarang tetapi ketika usia telah lanjut kelak. Pencegahan daripada awal amat penting agar tidak menyesal dikemudian hari.

Kesimpulannya, elakkan faktor yang menyebabkan keradangan untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi terutamanya menjaga faktor pemakanan.

Ambil sayur dan buah mencukupi serta bersenam, rehat mencukupi, berhenti merokok dan kurangkan stres. Hadkan pengambilan makanan terpsoses walaupun ia adalah alternatif termudah pada masa kini, dan bersederhanalah.

Tidak semestinya anda kurus, kolesterol anda tidak tinggi kerana mereka yang kurus juga kadangkala mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan tidak menjaga pemakanan.

TanyaDrSyid

Kaya.

Yang last paling sedih.. Ya Allah! Jadikan kami kaya sepertinya.
MULTI BILLIONAIRE TANPA WANG!
Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi.
Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.
Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.
Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.
Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.
Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut ‘Al-Rajhi’ tersebar di seluruh Arab Saudi.
Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, ” Saya berhutang dengan Cikgu. “
Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu tersenyum dan berkata β€œJadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?
Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.
Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.
Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.
Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.
Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain.
Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.
Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.
Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.
Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.
Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.
Dalam temu bual beliau berkata:
β€œSetelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. “
β€œSaya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan.”
Seorang jutawan tanpa wang! “Bagaimana rasanya?”.
Dia tersenyum dan berkata, β€œSaya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung … dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!